Diary
About
Freebies
Links
FACEBOOK
TWITTER
INSTA
+FOLLOW
DASH
![]() Sunday, 7 April 2013 | 0 Teddy (s)!
Tepek muke ceq dulu kahkah. Budak kat atas nie sukekan seseorang... eh?
Cinta? Mungkin aku tak faham lagi ape sebenarnye maksod cinta tu.. Tapi aku pernah rase cemburu dan sayangkan seseorang. Adakah itu cinta? hermm
Saat aku terpandang si dia hati aku rasa tersentuh. Sesuatu yang aku tak rasa bila pandang orang lain. Mungkin pada wajahnya aku nampak sesuatu yang aku cari selama ini. Mungkin lah.
Saat aku memandang si dia aku rasa sebenarnya tak nak pandang tempat lain dah tapi tak boleh pandang dia lama-lama takut terkantoi pulak. kehkehkeh.
Saat aku berada dengan dia aku ada perasaan yang selesa bila si dia ada berdekatan. Rasa macam, tolonglah wei jangan pergi. -..-
Bile dia berada dengan aku, aku akan hargai setiap saat yang dapat aku luangkan dengan dia walaupun si dia tak tahu dalam diam aku ada perasaan terhadapnya.
Saat dia memanggil nama aku, perh aku rasa terkedu sebentar. Aku suka sangat dia panggil nama aku.hehe
Bile dia ketawa, aku pasti tersenyum sendirian. Aku suka gelak tawanya.
Saat mendengar suaranya sahaja mampu membuatkan aku tersenyum. Dah mereng mungkin. hoho
Saat aku melihat wajahnya suram, gusar,risau, aku rasa macam nak aje pergi padanya tanya dia ok ke tak. Tapi aku tak mampu. Kamu hanya mampu berharap dia okey.
kadang-kadang aku rasa yang aku rindukan dia.
Aku ingin mengetahui tentangnya, aku stalk hampir semua benda yang aku boleh stalk tentang dia. Kalau boleh semua benda tentang dia aku nak tahu. Lepas aku tahu banyak tentang dia, aku berlagak seperti tidak tahu apa-apa pasal dia. Haha
Aku tertanya-tanya ada sesiapakah dihatinya? Mungkinkah ada ruang dihatinya untuk aku? Mungkinkah?
Aku selalu teragak-agak untuk meluahkan isi hati aku. Err nanti die fikir aku ni perigi cari timba pulak. Kan?
Aku rasa cukup lah kot aku simpan dia dalam hati. Mungkin ade seseorang didalam hatinya. Aku hanya mampu berdiam diri dan pendam perasaan ini.
Kebanyakan perempuan mempunyai crush mereka tersendiri. Kebanyakan perempuan terpaksa pendam perasaan mereka. Yelah tak manis perempuan terkejar-kejarkan seorang lelaki. Bagai perigi cari timba pulak.. kan? Siapa yang ade dalam hati korang? mesti die penting kan bagi korang. Walaupon die tak jadi milik kita, kita berharap yang dia bahagia dengan pilihannya.
Cinta dalam diam ![]() ![]() |
The Disclaimer ![]() ![]() Let's Talk! ![]() ![]() ![]() My Buddyz!
Ask me
Giveaway (not now)
The Past ![]() ![]()
The Credits!
Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Miss_Hana Re.Edit : Ierah Luvie Visit my twins : RynaHanie
|
Post a Comment